Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pengurangan kadar kompaun dan saman sehingga 50 peratus sempena sempena PDRM Selangor Merdeka Ride and Carnival 2023, di tapak karnival Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Menerusi hebahan PDRM, tawaran itu diberikan bagi semua jenis saman kecuali kesalahan membabitkan kemalangan, tidak boleh kompaun (NC), saman Op Selamat, dan bicara mahkamah.

“Namun, diskaun tidak diberikan kepada saman berkaitan lori atau kenderaan berat, memotong secara berbahaya, potong Q (barisan), guna lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar dan ubah suai ekzos.

Polis Selangor dalam satu hantaran Facebook berkata, antara acara akan diadakan termasuk Kayuhan Merdeka bersama pelumba basikal profesional negara, Anuar Manan dan pelbagai aktiviti menarik termasuk peluang memenangi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik.

“Bagi yang berminat menyertai acara kayuhan boleh mendaftarkan diri di pautan https://www.heyjom.com/events/391 sebelum 23 Ogos,” katanya.

Katanya, antara hadiah ditawarkan termasuk sebuah motosikal, televisyen pintar, skuter dan pelbagai hadiah misteri untuk dimenangi pengunjung bertuah.

“Turut diadakan aktiviti seperti petting zoo, fun fair, pameran kereta dan motosikal klasik dan silap mata.

“Beberapa artis jemputan termasuk Datuk Awie, Hazama, Saiful Apek, Yassin Senario, Baggio Damasutra, Pablo Amirul, kumpulan Arteh akan turut memeriahkan program,” katanya.

Link ke Laman fb