KUALA LUMPUR – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku
pengendali kepada perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling menyatakan bahawa kerja-kerja pembaikan menyeluruh (Fasa 2) struktur jejambat dan landasan berhampiran Stesen LRT Bandaraya dijangka siap dan disambung Operasi Normalnya pada 29 Februari 2024.
Selain daripada kerosakan asal pada jejambat 163, beberapa kerosakan lain telah dikesan pada
struktur jejambat-jejambat yang berhampiran, iaitu jejambat 164 dan 165, yang
memerlukan pembaikan yang menyeluruh.
Walaupun perancangan asal bagi menyiapkan kerja-kerja pembaikan serta pengoperasian
normal laluan tersebut adalah pada pertengahan bulan Oktober 2023, setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada jurutera perunding, maka kerja-kerja tambahan perlu dilakukan pada struktur jejambat-jejambat tersebut bagi memastikan ianya selamat, mengikut spesifikasi dan dapat memenuhi kriteria pengoperasian normal.
