PETALING JAYA – Setelah 5 tahun “berehat”, NEON Music Festival Malaysia kembali di Surf Beach Sunway Lagoon dengan tema Halloween pada Jumaat, anjuran HiFive.
Sebagai salah satu penganjur acara terkemuka, HiFive komited untuk menyatukan komuniti dan menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pengunjung ke acara yang bakal menggabungkan muzik, makanan dan seni.
NEON Music Festival (NMF) yang terkenal dengan suasana meriah, barisan pemuzik serta artis berbakat sememangnya dirindui oleh ramai penggemar festival muzik

Credit: Dave Singh Studio
Penganjur NMF, HiFive menyedari keperluan untuk mewujudkan ruang yang selamat dan inklusif untuk pengunjung yang menghadiri festival yang diadakan. HiFive turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengetatkan kawalan keselamatan pada pintu masuk dan memastikan tiadanya penyalahgunaan bahan-bahan terlarang lain dalam festival ini.
Acara bermula pada jam 4 petang, namun persembahan mula ‘hangat’ apabila kesemua artis DJ diberikan tempoh selama satu jam dan Boris Foong menjadi DJ pertama mzemulakan persembahan pada jam 6:15 petang. Pengunjung mula “menggila” apabila DJ Ben Nicky memulakan persembahan pada jam 9:25 malam, manakala DJ yang paling ditunggu-tunggu, Timmy Trumpet pula menggamit suasana dengan persembahan magik dan memukau sebagai penutup NEON Music Festival (NMF) 2023.

Credit: Dave Singh Studio
Ditambah pula stage yang menarik, paparan lampu, skrin berwarna-warni LED, laser, sistem audio yang sangat memukau, serta dan percikan api serta asap menjadikan pengunjung NMF 2023 bertenaga menikmati persembahan muzik mengasyikkan. NEON Music Festival kali ini nampaknya memang benar-benar memukau pengunjung.
Pada jam 11:30 malam, NEON Music Festival (NMF) 2023 melabuhkan tirai dan pengunjung mula beredar dari Surf Beach, Sunway Lagoon.
Overall, NEON Music Festival (NMF) 2023 memang cukup ‘lit’, sangat menyeronokkan dan ‘happening’. Walaupun cuaca hujan ketika persembahan pada sebelah petang, tetapi itu tidak menghalang pengunjung untuk berseronok. Tak sia-sia tunggu 5 tahun! -KL BROADCAST