KUALA LUMPUR- Sekretariat Gabungan Malaysia Bangkit bakal menganjurkan perhimpunan aman pada 29 Oktober ini bagi menggesa kerajaan untuk segera menyelesaikan isu lambakan warga asing di Malaysia.

Pengarahnya, Yahaya Long Ali berkata, lambakan warga asing yang begitu kritikal, telah mengganggu ‘periuk nasi’ atau pendapatan rakyat Malaysia serta keselamatan rakyat semakin terancam.

“Sekarang kita tengok kebanyakan premis di bandar-bandar utama, terutamanya di Kuala Lumpur, dikuasai oleh warga asing terutama dari Indonesia, Bangladesh, dan tak kurang yang memegang pas pelarian UNHCR,” katanya pada sidang media di sini, pada Jumaat.

Hadir sama dalam sidang media itu Pengerusi Kelab Usahawan Saudagar Merah Terbilang, Zhafirin Mat Yusof yang memohon langkah drastik dilaksanakan kerajaan supaya peniaga tempatan tidak dianak tirikan di tempat sendiri.

Beliau berkata pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan terhadap perkara itu kerana ia menjejaskan peniaga tempatan, terutama peniaga Melayu.

“Pihak kami menerima banyak aduan daripada peniaga kecil, terutama peniaga Melayu mengenai perkara ini kerana mendapati hak mereka untuk berniaga seolah-olah dinafikan”, katanya. -KL Broadcast

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading