KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Malaysia mula dikritik dan ‘diserang’ oleh negara-negara kuasa besar susulan kelantangan membela hak Palestin.

Anwar menegaskan, bagaimanapun Malaysia tidak sesekali gentar dengan ugutan tersebut.

”Saya telah mulakan dalam sejarah, saya dikritik, diserang oleh beberapa kalangan Eropah, Amerika Syarikat, dan Israel.

Kita harus berwaspada. Saya beritahu selagi saya diberikan mandat oleh rakyat, saya terima ugutan itu. Lawan tetap lawan,” kata Perdana Menteri ketika menyampaikan Pidato Kemuncak Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Arena Axiata di sini pada Selasa malam.

Perdana Menteri menambah, negara-negara berkenaan tidak boleh mengugut Malaysia kerana Malaysia sebuah negara merdeka dan berdaulat, serta mempunyai hak untuk menentukan apa yang betul.