Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata siasatan berhubung isu penjualan stokingdengan tulisan kalimah ALLAH sudah dimulakan dan tertumpu kepada vendor atau pengedar produk berkenaan ke pasaran selepas polis menerima 36 laporan daripada pelbagai pihak sejak beberapa hari lalu.

Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tambah beliau lagi, walaupun permohonan maaf sudah dibuat oleh pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) pada Sabtu lalu, siasatan akan tetap diteruskan bagi menyiasat dan mendakwa pihak terbabit khususnya yang mengedar dan menjual produk berkenaan.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading