Kuala Lumpur – VFIVE Group menerusi pertubuhan kebajikannya Yayasan VFive memperuntukkan RM2 juta sepanjang bulan Ramadan ini bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dan inisiatif infaq.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasasnya, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, ini termasuklah sumbangan 500 pek makanan iftar harian dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Selain itu, pihaknya turut menyumbang 5,000 set bakul makanan, tajaan iftar, edaran bubur lambuk dan pelbagai bantuan kebajikan meliputi lebih 100 masjid, surau dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ujarnya, ini semua dirangka bagi mengurangkan bebanan golongan yang kurang berkemampuan serta menzahirkan tanggungjawab kebajikan secara inklusif ke arah kesejahteraan masyarakat.

“Kehadiran Ramadan sebagaimana kita semua sedia maklum adalah sarat dengan kemuliaan dan keberkatan.

“Justeru amat rugi jika kita tidak mengimarahkannya dengan melakukan amal kebajikan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Insya-Allah semoga apa yang dirancang dan diusahakan pihak VFive Group ini dipermudahkan sekali gus mencapai objektif yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Perdana 2024 di SW Banquet Hall, Kuala Lumpur.

Majlis Iftar Perdana 2024 merupakan wadah VFive Group mengeratkan ukhuwah antara warga kerja bersama pemegang taruh, di samping menyantuni tetamu jemputan.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading