KUALA LUMPUR – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) membantah dan mempersoalkan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Persekutuan (Komuniti Desa Madani) di Sabah kerana negeri itu sudah mempunyai sistem pentadbiran peringkat kampung.

Pengerusinya Datuk Zulkarnain Mahdar mendakwa penubuhan Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) di Sabah yang dimulakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang menunjukkan sikap tidak mengendahkan peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah naungan Kerajaan Sabah.

“Apakah rasional penubuhan JKDM? Adakah keperluan untuknya sedangkan kita sudah mempunyai JKKK di setiap kampung?”

Sebenarnya rakyat Sabah kurang senang..kita sebenarnya memendam perasaan, kita tidak seagresif Sarawak..Banyak sebenarnya isu-isu yang bukan dendam, tetapi kami memendam perasaan..kenapa kamu membelakangkan kerajaan negeri Sabah dalam membuat keputusan yang membabitkan hal ehwal pentadbiran di Sabah,?” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Balai Polis Sri Petaling selepas membuat laporan polis ke atas Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, susulan dakwaan keputusan JKDM diperluaskan ke Sabah tanpa persetujuan Kerajaan Negeri Sabah -KL Broadcast

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading