KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO 2025 disifatkan bukan sekadar himpunan tahunan, sebaliknya menjadi medan kebangkitan parti untuk bangkit dengan lebih berani, bersuara tegas dan bergerak secara bersatu.

Pegawai Khas Aktiviti Kemasyarakatan dan Media Sosial, Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Amir Abu Talif berkata UMNO tidak boleh terus selesa bergantung kepada sejarah lalu, sebaliknya perlu menyesuaikan diri dengan tuntutan semasa rakyat, khususnya generasi muda.

Menurutnya, golongan Gen Z menuntut tindakan yang nyata dan berkesan, termasuk peluang pekerjaan yang lebih luas, kawalan kos sara hidup serta kepimpinan yang bersih dan berani mempertahankan masa depan rakyat.

“UMNO mesti kembali kuat di peringkat akar umbi dan lebih dekat dengan rakyat. Pada masa sama, parti perlu tegas mempertahankan kepentingan Melayu dan Bumiputera tanpa mengabaikan keharmonian negara berbilang kaum. Musuh sebenar kita ialah kelemahan, perpecahan dan sikap mementingkan diri. Jika UMNO mampu bersatu, parti ini berpotensi untuk kembali memimpin dan mendapat kepercayaan rakyat,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa perbezaan pandangan dalam parti tidak seharusnya menjadi punca perpecahan, sebaliknya diraikan sebagai kekuatan untuk memperkukuh UMNO. -KL Broadcast

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading