
KUALA LUMPUR, 26 Februari 2026 — Peminat K-pop di Malaysia bakal disajikan dengan pengalaman muzik luar biasa menerusi K-SARANG SUPER CONCERT 2026 yang akan berlangsung pada 11 April 2026, jam 6.00 petang di The Arch Galeries.
Konsert sulung ini menampilkan vokalis terkenal Super Junior, Kyuhyun, serta kumpulan K-pop yang semakin mencuri perhatian, AHOF. Penonton dijanjikan persembahan vokal bertenaga, koreografi memukau dan interaksi eksklusif bersama artis.
Dianjurkan oleh HIFIVE Entertainment dan K-WAVE, konsert ini bertujuan membawa pengalaman K-pop lebih dekat kepada peminat tempatan melalui gabungan ikon global dan bintang baharu.
Tiket boleh didapati secara eksklusif menerusi Ticket2U dengan harga bermula RM388 hingga RM888, termasuk pelbagai keistimewaan seperti sesi sound check dan send-off mengikut kategori tiket.