PUTRAJAYA, 27 Februari 2026 — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat warganegara Malaysia bagi membantu siasatan sebuah kes yang sedang dijalankan.

Individu terbabit ialah Asnida binti Abdul Daim, Md Wira Dani bin Abdul Daim, Muhammed Amir Zainuddin bin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin bin Daim, masing-masing mempunyai alamat terakhir di sekitar Kajang, Ulu Klang dan Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

SPRM meminta kerjasama orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai keberadaan individu-individu berkenaan supaya menghubungi pegawai penyiasat yang terlibat melalui talian telefon atau emel rasmi SPRM.

Sebarang maklumat daripada orang awam amat dihargai bagi membantu kelancaran siasatan.