KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyatakan sokongan penuh terhadap penubuhan Tribunal Anti-Buli yang dilihat mampu memperkukuh usaha melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk buli dan keganasan dalam institusi pendidikan.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di laman facebook SUHAKAM, tribunal tersebut menyediakan saluran aduan yang lebih mudah diakses, mesra kanak-kanak dan berkesan bagi memastikan mangsa menerima pembelaan serta sokongan yang sewajarnya.

CC turut menyambut baik pelaksanaan Akta Anti-Buli 2026 yang berkuat kuasa pada 16 Jun lalu, termasuk kewajipan institusi pendidikan melaksanakan pelbagai mekanisme perlindungan seperti saluran aduan yang selamat, perkhidmatan kaunseling dan latihan pengurusan kes buli.

Selain itu, tribunal berkenaan membolehkan mangsa, ibu bapa atau penjaga mendapatkan keadilan melalui proses bebas tanpa melibatkan kos.

Menurut kenyataan itu, kejayaan Tribunal Anti-Buli bergantung kepada kerjasama semua pihak termasuk kerajaan, sekolah, ibu bapa, guru dan masyarakat.

CC menegaskan bahawa setiap kanak-kanak berhak belajar dalam persekitaran yang selamat serta bebas daripada gangguan, ugutan dan perlakuan buli. -KL Broadcast

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading