KUALA TERENGGANU – Seorang guru lelaki berusia 31 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan berkaitan kesalahan amang seksual fizikal terhadap bekas pelajar lelakinya.

Tertuduh, Muhammad Izzudin Mohmad Asari, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sebulan di sebuah hotel di Jalan Sultan Zainal Abidin sekitar pukul 8 pagi pada 4 Jun lalu.

Kes berkenaan didakwa di bawah Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang guru lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes amang seksual melibatkan seorang pelajar sekolah menengah tingkatan satu.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading