SUBANG JAYA – Seorang lelaki warga Myanmar ditahan polis selepas dipercayai melanggar orang awam dan cuba melarikan diri dalam kejadian di Bulatan Puchong Permai, Persiaran Puchong Permai, Puchong, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai perselisihan faham antara penduduk dan suspek pada jam 11.56 malam.

Menurutnya, ketika anggota polis tiba di lokasi kejadian, orang awam telah berjaya menahan suspek yang didapati berada dalam keadaan separuh sedar.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah untuk berada di negara ini.

Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bagi membantu siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi IPD Subang Jaya di talian 03-7862 7222 bagi membantu siasatan.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading