menu-icon
menu-icon

Seremban – Anak kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan bahawa bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan pernah diusir dari kediaman rasmi selepas berlaku pertukaran kerajaan negeri.

Menerusi kenyataan di media sosial, beliau menjelaskan kediaman rasmi itu adalah milik kerajaan negeri dan proses keluar masuk penghuni dilakukan mengikut prosedur biasa.

Menurutnya, dakwaan berkenaan tidak benar dan berharap ia tidak lagi dijadikan bahan untuk menyerang bapanya.

Beliau turut menjelaskan ibu bapanya pada awalnya tidak bercadang berpindah ke kediaman rasmi selepas Aminuddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, sebaliknya kekal tinggal di rumah mereka di Taman Desa Ixora.

Namun, keputusan berpindah dibuat kemudian atas faktor keselamatan serta bagi memudahkan tugas anggota keselamatan yang mengawal kediaman.

Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial yang mendakwa Mohamad Hasan atau Tok Mat diusir keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar pada tengah malam selepas Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Negeri sebelum ini. Menafikan dakwaan itu, anak Aminuddin menegaskan tiada mana-mana pihak pernah dihalau dari kediaman rasmi berkenaan.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading