SEREMBAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota, Ustaz Aliff Ibrahim dilihat sebak sehingga menitiskan air mata ketika berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Momen menyentuh hati itu dikongsikan oleh Farid El-Amin menerusi satu hantaran di platform Threads yang memaparkan Aliff menerima panggilan video daripada anak-anaknya ketika berada dalam tempoh kempen.
Menurut perkongsian itu, Aliff tidak dapat menahan perasaan selepas hampir dua minggu tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anaknya.
“Calon N.28 Kota Ustaz Aliff Ibrahim sebak dan menitiskan air mata apabila menerima panggilan video call daripada anak-anaknya.
“Dah dua minggu tidak dapat bermain dan bermanja dengan anak-anaknya. Kita sama-sama doakan agar Ustaz Aliff Ibrahim dikurniakan kemenangan untuk berkhidmat kepada masyarakat DUN Kota,” tulisnya.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial apabila sebahagian warganet tampil memberikan kata-kata semangat dan mendoakan calon berkenaan.
Namun, terdapat juga segelintir pengguna yang meninggalkan komen berbentuk sindiran terhadap situasi berkenaan.
“Kesian kat beliau. Sebagai tanda solidariti untuk beliau, tolong jangan undi beliau. Jika kalah dia akan dapat spend masa dengan anak-anak beliau,” tulis seorang pengguna, Azizi.
Hantaran berkenaan sehingga kini mendapat perhatian ramai apabila memperlihatkan sisi peribadi seorang calon yang berdepan cabaran sepanjang tempoh berkempen.
Sumber: Threads Farid El-Amin


Leave a Reply