SEREMBAN – Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyeru seluruh pengundi di Negeri Sembilan supaya keluar awal menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Menerusi satu hantaran di Facebook pada Jumaat, beliau menyifatkan 1 Ogos sebagai detik penting bagi rakyat Negeri Sembilan untuk menentukan hala tuju serta masa depan negeri itu.

Azmin turut menggesa golongan muda agar tidak melepaskan peluang menggunakan hak mengundi bagi memilih kepimpinan yang disifatkannya berintegriti dan sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Beliau dalam masa sama mengajak pengundi memberikan sokongan kepada calon-calon Bersatu pada PRN kali ini.

“Undilah calon Bersatu. Bersatu demi Nismilan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading