SHAH ALAM – Seorang pelajar tingkatan dua cedera dipercayai akibat ditusuk menggunakan senjata kerambit berukuran 10 sentimeter (cm) oleh rakan sekelasnya di sebuah sekolah di sini, pada 5 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Sarudin Samah mengesahkan kejadian itu berkata bagaimanapun, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian lengan.

“Kejadian melibatkan suspek seorang pelajar perempuan manakala mangsa adalah lelaki yang kedua-duanya adalah rakan sekelas.

“Tangkapan juga telah dilakukan terhadap suspek dan telah diberi jaminan polis. Dalam kes ini tiada tujuan dan motif, dipercayai suspek kurang sihat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading