KOTA TINGGI – Seorang nenek tiri berusia 39 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini atas pertuduhan membunuh cucu tirinya, seorang bayi perempuan berusia 16 bulan.

Tertuduh, Nurul Farhana Laili Shah didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, antara jam 12.30 tengah hari pada 30 Julai hingga 9.30 pagi pada 31 Julai lalu.

Pertuduhan terhadap tertuduh dibacakan di hadapan Hakim Hafizah Abdul Rajak.

Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Kes berkenaan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudian menetapkan prosiding selanjutnya berkaitan kes berkenaan mengikut proses undang-undang yang ditetapkan.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading