PUCHONG – Bekas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen secara rasmi mengumumkan penyertaannya dalam Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) selepas meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkuat kuasa hari ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengasas BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam satu sidang media di Ibu Pejabat BERSAMA di Puchong, hari ini.
Sebelum ini, Wong Chen mengesahkan peletakan jawatannya secara sukarela sebagai Ahli Parlimen Subang yang berkuat kuasa pada 10 Ogos lalu, sekali gus menamatkan khidmatnya sebagai wakil rakyat kawasan itu selepas beberapa penggal mewakili PKR.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Wong Chen mempertahankan kerusi Parlimen Subang dengan kemenangan besar apabila memperoleh 138,259 undi dan majoriti 115,074 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Alex Ang H N.
Penyertaan Wong Chen dilihat sebagai satu perkembangan penting dalam landskap politik negara susulan penubuhan Parti Bersama Malaysia yang diterajui Rafizi Ramli. Keputusan beliau menyertai parti itu dijangka memberi nafas baharu kepada BERSAMA menjelang landskap politik akan datang.


Leave a Reply