KUALA LUMPUR – Pengasas dan Pengarah Urusan Weststar Group, Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Perdana sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2026.
Anugerah berkenaan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, hari ini.
Syed Azman, yang turut dikenali sebagai “Raja Helikopter Malaysia”, merupakan tokoh perniagaan yang membangunkan Weststar Group sebagai sebuah kumpulan perniagaan dalam sektor penerbangan dan perkhidmatan.
Beliau khususnya aktif dalam industri berkaitan minyak dan gas, selain mengembangkan perniagaan ke peringkat serantau.


Leave a Reply