KUALA LUMPUR – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbualan telefon bersama Menteri Luar Negeri Nepal, Shisir Khanal bagi membincangkan perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan kejadian banjir serta tanah runtuh di Nepal.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha mengesan rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi selepas bencana berkenaan.
Mohamad berkata, Malaysia turut memohon kebenaran kerajaan Nepal untuk mengatur gerak Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu operasi SAR yang sedang dijalankan.
Beliau pada masa sama merakamkan penghargaan kepada kerajaan Nepal atas bantuan dan kerjasama yang diberikan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sepanjang menghadapi situasi berkenaan.


Leave a Reply