KUALA LUMPUR – Aktivis masyarakat, Cikgu Chandra mengesahkan beliau kini telah memeluk Islam selepas melafazkan dua kalimah syahadah.

Dalam perkongsian video di media sosial, beliau berkata keputusan itu benar seperti yang diperkatakan sebelum ini.

Menurutnya, beliau kini sedang belajar mendalami Islam termasuk membaca dan mengaji al-Quran.

Cikgu Chandra turut meminta orang ramai memberinya ruang dan masa untuk bertenang serta menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu.

Beliau juga memohon panduan daripada orang ramai agar dapat menjadi insan yang lebih baik dan berakhlak mulia.

Dalam pada itu, beliau menyatakan hasrat untuk meninggalkan penggunaan kata-kata kasar yang sebelum ini sering dikaitkan dengannya.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading