KUALA LUMPUR – Isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida tampil menjelaskan keputusan menjalani pembedahan hidung selepas masalah sinus yang dialaminya semakin serius.
Menerusi perkongsian di TikTok, Shahida, 41, berkata masalah berkenaan menyebabkan hidungnya kerap tersumbat selain mengalami mata gatal dan bengkak, kerap bersin, batuk, tekak tidak selesa serta telinga berdesing.
Katanya, keadaan itu semakin teruk dari semasa ke semasa sehingga menjejaskan keselesaan dan pernafasannya.
Selepas menjalani pembedahan, Shahida buat sementara waktu terpaksa bernafas melalui mulut berikutan doktor memasukkan ‘stent’ di dalam hidungnya.
Menurutnya, stent berkenaan pada awalnya dijadualkan dikeluarkan pada 9 September, namun dia meminta prosedur itu diawalkan sehari kerana mempunyai urusan kerja.
Walaupun masih dalam tempoh pemulihan, Shahida tetap meneruskan beberapa komitmen kerja yang telah dijadualkan. -KL Broadcast


Leave a Reply