KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sektor pertanian kini mengalami perubahan ketara susulan perkembangan teknologi moden.

Menurutnya, bidang pertanian yang suatu ketika dahulu banyak bergantung kepada tenaga fizikal, keadaan cuaca dan pengalaman tradisional kini semakin dipacu teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), dron serta penggunaan jentera moden.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan media selepas menghadiri MAHA 2026 pada Sabtu.

“Dalam lawatan saya ke MAHA 2026 pagi ini, saya berkesempatan melawat beberapa ruang pameran yang menarik, antaranya Smart Farming.

“Saya dapat melihat sendiri sejauh mana teknologi dalam bidang ternakan dan pertanian telah berubah wajah pada hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Tun Dr Mahathir turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu atas jemputan untuk menghadiri MAHA 2026.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading