KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN ke-17 (AHMM) dan Mesyuarat Berkaitan di Kuala Lumpur hari ini.

Mesyuarat dwitahunan bertemakan “Healthy ASEAN: Together Towards Equitable, Future-Ready Health Systems” menghimpunkan menteri kesihatan negara anggota ASEAN, rakan dialog serta wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Malaysia kembali memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN bagi penganjuran kali ini, dengan Myanmar sebagai Naib Pengerusi.

Dalam ucapan perasmian, Dzulkefly menegaskan kesiapsiagaan kukuh di semua peringkat merupakan asas penting dalam menjamin keselamatan kesihatan serantau.

Beliau berkata Malaysia komited menerajui usaha membangunkan sistem kesihatan ASEAN yang saksama, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Penganjuran AHMM ke-17 turut mencerminkan komitmen negara ASEAN memperkukuh diplomasi kesihatan serta kerjasama serantau bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading