KUALA LUMPUR – Seramai 8.5 juta pekerja atau 87.6 peratus memilih untuk kekal menyertai Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) selepas diberikan pilihan untuk meneruskan atau menarik diri daripada skim itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, keputusan Kabinet pada Julai lalu untuk tidak mewajibkan caruman skim berkenaan memberi pilihan kepada pekerja menentukan penyertaan masing-masing.

Menurutnya, 12.4 peratus pekerja memilih untuk menarik diri, dengan hampir 52 peratus daripadanya berpendapatan bawah RM3,500.

Beliau berkata, keadaan itu membimbangkan kerana golongan berpendapatan rendah lebih terdedah kepada risiko kewangan sekiranya mengalami kemalangan di luar waktu bekerja, terutama tanpa perlindungan insurans.

Sementara itu, sejak diperkenalkan pada 1 Jun lalu, PERKESO menerima 6,330 tuntutan sehingga 31 Ogos dengan jumlah bayaran faedah mencecah RM9.97 juta.

Mohammed Azman berkata, kira-kira 10,000 pekerja yang sebelum ini memilih untuk menarik diri turut kembali menyertai LINDUNG 24 Jam.

Pekerja yang ingin menyertai semula skim itu boleh berbuat demikian secara dalam talian mulai 2 September 2026 tanpa had tempoh.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading