MAKKAH- The Presidency of Religious Affairs menyediakan perkhidmatan menjawab pertanyaan bagi jemaah umrah dan pengunjung Masjidilharam, dengan memberikan bimbingan mengenai hukum berkaitan ibadah dalam 11 bahasa menerusi talian telefon bebas tol khusus, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Sebagai sebahagian daripada kerangka khidmat nasihat institusi itu, perkhidmatan berkenaan membantu jemaah antarabangsa mendapatkan penjelasan mengenai amalan ibadah dan hukum-hakam dalam bahasa ibunda masing-masing bagi memastikan ibadah mereka dilaksanakan dengan sempurna.

Institusi itu menyediakan dua nombor bebas tol, 8001222100 dan 8001222400, bagi membolehkan jemaah menghubungi perkhidmatan itu secara langsung. Perkhidmatan itu melengkapi teknologi pintar dan platform digital yang digunakan di seluruh Masjidilharam bagi menjawab pertanyaan berkaitan agama dalam 11 bahasa.

— BERNAMA-SPA

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading