KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil memberikan penjelasan berhubung persoalan mengenai warna rambut yang dibenarkan bagi gambar MyKad.
Perkara itu dikongsikan JPN menerusi temu bual bersama Kool FM pada Jumaat, susulan perhatian terhadap isu warna rambut dalam gambar dokumen pengenalan diri.
Menurut JPN, pemohon masih dibenarkan menampilkan warna rambut yang kelihatan semula jadi ketika mengambil gambar bagi permohonan MyKad baharu.
Antara yang termasuk dalam kategori berkenaan ialah rambut beruban serta rambut yang diwarnakan menggunakan inai, dengan syarat warnanya tidak terlalu ketara.
JPN turut menjelaskan bahawa warna rambut perlu berada dalam lingkungan warna yang munasabah dan kelihatan semula jadi mengikut penampilan individu.
Penjelasan berkenaan dibuat selepas timbul persoalan awam mengenai garis panduan JPN berkaitan penampilan pemohon ketika gambar MyKad diambil.


Leave a Reply