KUALA LUMPUR – Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan pengiktirafan yang diterima barisan belakang tabir album Gema Bumantara sebagai satu detik bermakna buat dirinya dan seluruh pasukan yang menjayakan karya berkenaan.
Menerusi perkongsian di media sosial, penyanyi itu meluahkan rasa syukur apabila ramai individu yang terlibat dalam penghasilan album berkenaan menerima pengiktirafan sebagai antara lima calon akhir.
Menurutnya, meskipun tidak semua individu yang terlibat berpeluang dibawa ke pentas, sumbangan penerbit, komposer, penulis lirik, jurutera bunyi serta seluruh pasukan tetap dihargai.
Datuk Seri Siti Nurhaliza turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi menerusi MyCreative Ventures atas sokongan terhadap pembangunan industri kreatif negara melalui Dana Kandungan Kreatif – Dana Kebolehan Pasaran (Domestik) 2.0 yang disalurkan bagi beberapa lagu dalam album berkenaan.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah kepada SN Legacy, Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music selaku penerbit bersama album Gema Bumantara.
Beliau turut mengajak semua pihak yang terlibat untuk terus meraikan pencapaian tersebut dan menghasilkan lebih banyak karya pada masa akan datang.


Leave a Reply