KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata golongan muda tidak seharusnya dilihat sekadar sebagai pemimpin masa hadapan kerana mereka sudah menjadi sebahagian daripada kekuatan yang membentuk Malaysia ketika ini.

Menurut Anwar, keberanian, ilmu pengetahuan serta gagasan yang dimiliki anak muda merupakan elemen penting dalam menentukan arah pembangunan negara.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Forum Ekonomi Belia (YEF) 2026.

Dalam ucapannya, Anwar turut menyeru golongan muda supaya menolak politik berasaskan adu domba dan sentimen perkauman, sebaliknya memainkan peranan dalam memperkukuh perpaduan serta menjunjung nilai kemanusiaan.

Beliau berkata golongan belia juga perlu bersama-sama membina sebuah Malaysia yang lebih adil dan bermaruah.

Dalam pada itu, Anwar menerima baik cadangan yang dikemukakan YEF berkaitan usaha meningkatkan kedudukan belia, memperluas peluang serta memperbaiki taraf kehidupan rakyat.

Katanya, cadangan berkenaan akan diteliti menjelang pembentangan Belanjawan MADANI pada 9 Oktober ini.

Anwar turut mengingatkan bahawa masa depan negara bukan sekadar sesuatu yang akan diwarisi, sebaliknya sedang dibentuk pada masa kini dengan anak muda perlu memainkan peranan di barisan hadapan.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading