Puchong – Lee Chean Chung memohon untuk menyertai Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) hari ini, hanya tiga hari selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya.
Perkara itu disahkan Pemimpin Parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini.
Rafizi berkata, pihaknya mengalu-alukan permohonan Lee Chean Chung dan proses keahlian akan dilakukan mengikut tatacara ditetapkan parti.
“Beliau menghantar permohonan untuk menyertai BERSAMA pada hari ini dan permohonan itu akan diproses mengikut tatacara keahlian BERSAMA,” katanya.
Lee Chean Chung sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya tanpa syarat, berkuat kuasa 2 Oktober lalu.
Beliau yang memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) turut menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Keputusan itu dibuat selepas keahliannya dalam PKR digantung selama tiga tahun menerusi surat yang diterimanya daripada parti tersebut.


Leave a Reply