SEREMBAN – Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya di sebuah kompleks perumahan awam di Nilai, Negeri Sembilan, malam tadi.

Memetik laporan berita RTM, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini, selepas permohonan dikemukakan pihak polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Suspek, yang merupakan suami mangsa, sebelum ini menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor, kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dalam kenyataan memaklumkan, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung insiden itu.

Polis kemudian menemukan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa, yang merupakan pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Nilai.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading