KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan doa agar pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar, diberikan kesembuhan segera selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Gerik, Perak, awal pagi Jumaat.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar turut berharap agar segala urusan rawatan Ustaz Wadi Annuar berjalan lancar, selain diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berkenaan.

Beliau turut menyampaikan harapan agar pendakwah itu segera pulih supaya dapat kembali meneruskan usaha menyampaikan ilmu dan dakwah kepada masyarakat.

“Semoga ALLAH SWT mempermudah segala urusan rawatan serta mengurniakan ketabahan dan kekuatan buat Ustaz dalam menempuh ujian ini.

“Semoga Ustaz segera pulih dan kembali berbakti menyampaikan ilmu serta dakwah kepada masyarakat,” katanya.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading