KOTA BHARU – Perikatan Nasional (PN) masih belum menentukan sama ada akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu yang dijadualkan Isnin ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam masa terdekat, manakala perhatian gabungan berkenaan ketika ini tertumpu kepada persiapan menghadapi PRN Melaka pada 14 November ini.

Menurutnya, PAS sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya dan mempunyai calon yang boleh diketengahkan sekiranya parti itu memutuskan untuk bertanding.

Beliau bagaimanapun menegaskan, penyertaan PN dalam PRN Sarawak masih belum diputuskan dan memerlukan pertimbangan lanjut.

Takiyuddin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah (HIMPAK) di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading