MEXICO – Pengguna jalan raya di bandar Torreon, Coahuila, Mexico, gempar apabila melihat seorang bayi berada di atas bumbung sebuah kereta yang sedang bergerak.

Kejadian di Jalan Avila Camacho itu dirakam oleh orang awam sebelum video berkenaan tersebar di media sosial.

Rakaman menunjukkan bayi yang diletakkan di dalam pembawa bayi (carrier) berada di atas bumbung kenderaan ketika kereta dipandu di jalan raya.

Beberapa pengguna jalan raya yang menyedari keadaan berbahaya itu segera bertindak memberi amaran kepada pemandu dengan menjerit dan membunyikan hon berulang kali.

Pemandu terbabit akhirnya memberhentikan kenderaan sebelum dilihat berdepan dengan individu yang cuba menarik perhatiannya.

Dia kemudian menyedari pembawa bayi berkenaan berada di atas bumbung lalu keluar dari kereta dan mengalihkannya ke tempat duduk belakang.

Bagaimanapun, pemandu itu turut dilihat meminta individu yang merakam kejadian supaya memadamkan video berkenaan.

Setakat ini, belum ada maklumat rasmi sama ada pihak berkuasa Mexico telah membuka siasatan berhubung insiden tersebut.

Kejadian itu dilaporkan oleh akhbar The Sun UK.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.