KUALA LUMPUR, Malaysia – Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur mempersembahkan bufet istimewa bertemakan “Nostalgia Rasa Malaysia”, sebuah pengalaman berbuka puasa yang meraikan kekayaan dan keaslian masakan tradisional tanah air.

Diadakan di Lesung, restoran utama hotel ini, bufet Ramadan ini menampilkan pelbagai hidangan klasik Malaysia yang disediakan dengan teliti oleh pasukan kulinari Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur. Setiap sajian diolah menggunakan resipi tradisional dan bahan-bahan berkualiti bagi memastikan rasa yang autentik serta memuaskan selera.

Para tetamu boleh menikmati pelbagai pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut tradisional yang menyelerakan. Antara yang ditampilkan termasuk kerabu yang menyegarkan, satay klasik Malaysia, serta aneka kuih-muih tradisional yang mengimbau kenangan berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat handai.

Antara hidangan istimewa yang menjadi tarikan utama ialah Sup Gear Box Utara, sup berkuah pekat yang dimasak perlahan bersama tulang sumsum lembu dan rempah ratus aromatik, menghasilkan rasa yang kaya dan menghangatkan. Turut disajikan ialah Mee Kari Fairfield, hidangan mi kari istimewa dengan kuah yang harum dan sederhana pedas, serta Kambing Panggang yang diperap dengan rempah tradisional dan dipanggang sehingga lembut, berjus dan penuh rasa.

Bufet Ramadan Nostalgia Rasa Malaysia ini akan berlangsung dari 23 Februari hingga 15 Mac 2026 di Lesung, Level 2, Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur. Harga yang ditawarkan ialah RM148 bersih seorang dewasa dan RM78 bersih bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 11 tahun.

Sebagai tawaran istimewa, pihak hotel turut menyediakan promosi Early Bird dengan harga RM128 bersih seorang dewasa bagi tempahan yang dibuat antara 1 hingga 31 Januari 2026, tertakluk kepada ketersediaan baucar.

Selain itu, tetamu juga layak menikmati diskaun 10 peratus untuk ahli Club Marriott, semua pemegang kad Maybank serta tetamu yang menginap di hotel. Tawaran “Beli 9, Percuma 1” turut disediakan bagi harga biasa.

Bayaran penuh diperlukan bagi mengesahkan tempahan dan semua bayaran adalah tidak boleh dikembalikan. Para tetamu digalakkan membuat tempahan sekurang-kurangnya 3 sebelum tarikh makan bagi mengelakkan kekecewaan.

Untuk tempahan atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi +60 10-760 0200 atau +60 3-2777 7777, atau menghantar emel ke fnb.fairfieldkl@fairfieldinn.com.

Dengan gabungan hidangan tradisional, suasana yang selesa dan layanan mesra, Nostalgia Rasa Malaysia menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang bermakna dan penuh kenangan di Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur.