Manila – Seorang pengarah ladang Farm Fresh Bhd, Jacob Mathan, 35, dilaporkan maut selepas helikopter yang dinaikinya terhempas kira-kira jam 7.20 pagi berhampiran Pililla, di Wilayah Rizal.

Difahamkan, beliau berada di sana bagi lawatan rutin ke tapak ladang berpotensi sebelum helikopter berkenaan dipercayai mengalami masalah enjin dan terhempas.

Dalam kejadian sama, CEO Farm Fresh Filipina, Shawn Pu yang turut berada dalam pesawat itu mengalami kecederaan namun dilaporkan stabil.

Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Filipina bagi mengenal pasti punca sebenar nahas.

Salam takziah kepada keluarga mangsa.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading