Sandakan – Seorang lelaki warga asing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol wanita warga emas berusia 61 tahun pada Mac lalu.

Tertuduh berusia 19 tahun terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Batu 7, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi pada 21 Mac lalu lapr Harian Metro.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memasuki rumah mangsa sebelum mengugut wanita itu dan merogolnya serta melarikan beberapa barang milik mangsa.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan Hakim Roslinda Razali menetapkan 27 Julai depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jasmin Walter manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semalam, di mahkamah sama, Roslinda menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan lapan sebatan terhadap tertuduh selepas didapati bersalah merompak serta mendatangkan kecederaan terhadap mangsa dalam kejadian sama.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu berjalan dari tarikh tangkap pada 21 Mac lalu serta mengarahkan tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia selepas selesai menjalani hukuman.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading