KUALA LUMPUR – Pentas akhir program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) menyaksikan Adira selaku manager bersama artisnya, Anggrek, dinobatkan sebagai juara selepas 10 minggu saingan berlangsung.
Pasangan itu mencuri tumpuan juri dan penonton menerusi persembahan bertenaga lagu Aku Stacy dan Sutera, sekali gus melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi kejuaraan.
Tempat kedua dimenangi oleh manager Jamilulhayat bersama artisnya Hussain yang membawa pulang RM15,000 dan trofi, diikuti tempat ketiga oleh Datuk Vida bersama Cik B dengan hadiah RM10,000.
Sementara itu, posisi keempat menjadi milik A. Aida bersama artisnya Azeva, manakala tempat kelima disandang Safura bersama Kim Khairy yang masing-masing menerima RM5,000 serta trofi.
Pada masa sama, Adira dan Anggrek turut meraih Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie yang membawa pulang tambahan RM10,000, manakala Anugerah Manager Paling Perform (MPP) dimenangi Jamilulhayat.
Malam kemuncak bertemakan “Malam Ini Kita Punya” itu turut dihoskan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi, selain menampilkan barisan juri terdiri daripada Che Puan Sarimah Ibrahim, Datuk AC Mizal, Datuk Shafinaz Selamat dan Hael Husaini.
Program berkenaan terus mengekalkan momentum musim pertamanya dengan menampilkan lebih ramai selebriti serta gabungan persembahan dan cabaran kompetitif yang menarik perhatian penonton.


Leave a Reply