KUALA LUMPUR – Satu perkongsian di media sosial mengenai insiden di sebuah klinik kesihatan kerajaan mencetuskan perbincangan hangat apabila satu pasangan warga Rohingya didakwa tidak berpuas hati selepas tidak diberikan ubat.

Kejadian itu dikongsi seorang pengguna Threads, seorang individu dikenali sebagai Dayahidayahvme yang mendakwa pasangan berkenaan hadir ke klinik untuk mendapatkan rawatan bagi isteri mereka yang sedang hamil dan mengalami simptom muntah-muntah.

Menurut perkongsian tersebut, lelaki itu bertanya kepada petugas kesihatan mengenai sebab ubat tidak diberikan, namun dijelaskan bahawa keadaan tersebut lazim berlaku ketika kehamilan.

“Rohingya ini tanya misi kenapa wife (isteri) tak dapat ubat. Misi (jururawat) pun cakap kenapa tanya saya, saya bukan doktor.

“Lepas tu dia (suami) cakap bini dia sakit muntah-muntah kenapa tak bagi ubat. Nurse (jururawat) tu pun cakap mana saya tahu. Mengandung memanglah ada muntah-muntah,”katanya.

Perkongsian itu turut mendakwa wanita terbabit sedang hamil anak keempat.

Insiden berkenaan kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen, yang memberikan pelbagai pandangan di ruangan komen.

Bagaimanapun, lokasi sebenar klinik kesihatan tersebut tidak didedahkan dalam hantaran berkenaan.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading