CARACAS – Dua gempa bumi kuat bermagnitud 7.2 dan 7.5 menggegarkan  kawasan sama di Venezuela semalam, menyebabkan sebilangan bangunan runtuh,  lapor Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dan wartawan AFP.

Gempa berkembar itu mencetuskan suasana panik di ibu negara,  Caracas dengan orang ramai menjerit dan bertempiaran lari keluar ke jalanan.

“Tidak diketahui sama ada berlaku  kematian tetapi bangunan-bangunan  runtuh dan bumbung berkecai,”  kata Menteri Dalam Negeri Diosdado Cabello.

Wartawan AFP  melihat sebuah bangunan 22 tingkat musnah sepenuhnya di kejiranan Altamira, Caracas.

Gempa pertama berpusat  21 kilometer ke barat  bandar pesisir Moron dan  berlaku pukul 6.04 pagi (waktu Malaysia),  kata USGS. Seminit kemudian,  gempa bermagnitud 7.5 pula melanda kira-kira 45 kilometer jauhnya.

Pada kedalaman 10 kilometer, gegaran kedua mendorong jeritan panik di sebuah pusat beli-belah di Caracas, demikian menurut seorang lagi wartawan AFP. Pusat gempa pertama berada pada kedalaman 22 kilometer bawah tanah. – AFP 

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading