KUALA LUMPIUR – Polis sedang menjejaki dua lelaki warga asing selepas video mereka menunggang motosikal tanpa topi keledar di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) tular di media sosial.
Menurut Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa, pihaknya belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung kejadian itu.
Namun, siasatan tetap dijalankan susulan penularan video tersebut, dan kedua-dua individu terbabit akan disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata, semakan awal mendapati kemungkinan berlaku beberapa pelanggaran lain termasuk menunggang tanpa lesen, penggunaan kenderaan oleh individu tidak berlesen serta cukai jalan dan insurans tamat tempoh.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menyertakan butiran seperti nombor pendaftaran, lokasi dan rakaman video.
Terdahulu, video memaparkan dua lelaki warga asing menunggang tanpa helmet berhampiran Endah Parade, Kesas tular di media sosial.


Leave a Reply