KUALA LUMPUR – Seorang individu dikenali sebagai Timah Abdul yang mendakwa mewakili komuniti Rohingya tampil mempertahankan identiti etnik itu selepas mendakwa semakin ramai pihak menyifatkan Rohingya sebagai “tiada identiti” hanya kerana sebahagian daripada mereka memakai pakaian yang sinonim dengan masyarakat Malaysia.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Timah berkata tanggapan sedemikian tidak mengambil kira sejarah serta realiti kehidupan masyarakat Rohingya yang telah menetap di Malaysia sejak berpuluh tahun lalu.

Menurutnya, ramai dalam kalangan komuniti Rohingya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia sehingga membesar dengan bertutur dalam bahasa Melayu, hidup bersama masyarakat setempat serta mengenakan pakaian yang menjadi kebiasaan di negara ini.

Beliau menegaskan bahawa cara berpakaian tidak menentukan identiti seseorang, sebaliknya identiti dibentuk melalui sejarah, bahasa, budaya, keluarga serta pengalaman hidup yang dilalui.

“Wearing Malaysian clothes does not erase our identity any more than wearing jeans makes someone western or wearing an abaya makes someone Arab,” katanya menerusi hantaran berkenaan.

Screenshot

Timah turut mengingatkan bahawa masyarakat Rohingya telah melalui pengalaman panjang melibatkan penindasan, kehilangan kerakyatan serta pembunuhan beramai-ramai yang didakwa berlaku terhadap etnik itu.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan tindakan menilai identiti sesuatu kaum hanya berdasarkan pakaian sebagai tidak tepat dan tidak sensitif terhadap penderitaan yang dialami komuniti berkenaan.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya memahami sejarah masyarakat Rohingya sebelum membuat sebarang andaian mengenai identiti mereka.

“Walaupun kami dipaksa meninggalkan tanah air, kami tidak pernah kehilangan identiti kami,” katanya.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading