SEOUL – Seorang lelaki warga Malaysia dilaporkan maut selepas terlibat dalam pergaduhan yang berakhir dengan insiden tikaman di Daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, awal pagi Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, polis Korea Selatan menahan seorang lagi rakyat Malaysia berusia lingkungan 40-an yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian mangsa, menurut laporan Bernama.
Siasatan awal mendapati pergaduhan tercetus antara dua kumpulan warga asing di sebuah jalan di Daeso-eup sebelum keadaan bertukar ganas apabila seorang daripada mereka dipercayai menggunakan senjata tajam.
Mangsa yang berusia lingkungan 20-an mengalami kecederaan parah akibat tikaman dan disahkan meninggal dunia, manakala seorang lagi individu cedera serta menerima rawatan di hospital.
Difahamkan, kira-kira 10 individu berada di lokasi ketika insiden berlaku dan pihak berkuasa sedang mengenal pasti peranan setiap mereka dalam pergaduhan berkenaan.
Suspek dilaporkan melarikan diri sejurus kejadian sebelum berjaya dikesan dan ditahan polis di sebuah kediaman berhampiran kira-kira sejam kemudian.
Pihak polis kini meneruskan siasatan bagi menentukan motif kejadian, termasuk meneliti sama ada pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua kumpulan


Leave a Reply