KUALA LUMPUR – Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas berkongsi foto perbualannya bersama kekasih hati, Datuk Seri Vida.
Menerusi tangkap layar perbualan yang dimuat naik di Threads, Datuk Seri Vida difahamkan merajuk dengan pelantun lagu Asmara Ini selepas Fazley menayangkan tubuh badannya menerusi media sosial.
“Erm guys.. help? 👉👈 (Sebab pakai gambar muay thai dalam video),” tulis Fazley.
Hubungan antara Fazley dan Vida sebelum ini turut menjadi perhatian selepas kedua-duanya mengesahkan bahawa mereka sememangnya sedang menjalinkan hubungan istimewa.
Mereka juga menafikan dakwaan bahawa hubungan berkenaan sekadar gimik atau kandungan media sosial bagi meraih perhatian.
Vida dilaporkan menegaskan hubungan tersebut adalah benar, manakala Fazley pula mengakui dirinya terlebih dahulu meluahkan rasa sayang kepada usahawan berkenaan sehingga membuatkan Vida terkejut dan termenung.
Fazley turut menjelaskan bahawa panggilan sayang yang diberikan kepada Vida bukan sekadar lakonan atau kandungan untuk media sosial, sebaliknya lahir daripada perasaan sebenar.



Leave a Reply