KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi momen ketika menghantar sendiri kad undangan perkahwinannya kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Menerusi hantaran di media sosial, Syed Saddiq menyifatkan pasangan itu sebagai antara tetamu paling senior yang bakal hadir pada hari bahagianya, namun secara berseloroh berkata mereka tetap menjadi “pasangan paling muda di hati”.
“Hantar sendiri kad kahwin kepada Tun M dan Tun Hasmah, special guests paling senior dalam senarai, tapi masih pasangan paling muda di hati! ❤️
“Nak masuk alam perkahwinan, mestilah kena minta petua daripada pasangan paling berpengalaman di Malaysia,” katanya.
Syed Saddiq dan penyanyi serta pelakon, Bella Astillah sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.
Pasangan itu dijadual melangsungkan pernikahan pada 10 Oktober ini di Aras 118, Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur.
Selain majlis akad nikah, Syed Saddiq memaklumkan beberapa majlis keraian turut dirancang di Kuala Lumpur, Muar dan Sabah sepanjang Oktober.


Leave a Reply