KUALA LUMPUR – Nurul Hidayah Ahmad Zahid memohon maaf kepada Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berhubung gurauan bapanya, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai fizikal dan usia pada Ucapan Penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026.

Menerusi hantaran di media sosial, Nurul Hidayah berkata gurauan berkenaan mungkin tidak berniat untuk merendahkan sesiapa, namun memahami jika ia mengguris perasaan anggota Wanita UMNO.

Beliau turut menegaskan bahawa jentera Wanita UMNO tidak wajar dipandang ringan, sebaliknya merupakan antara tulang belakang parti yang terus setia berkhidmat.

“Kalau atuk-atuk masih boleh memimpin, kenapa tidak nenek-nenek? Mereka inilah antara tulang belakang UMNO yang PALING SETIA, yang turun ketika susah dan senang, yang bekerja tanpa banyak meminta,” katanya.

Nurul Hidayah berkata, beliau secara peribadi amat menghargai Noraini yang disifatkannya sebagai pemimpin berani dan lebih mesra dipanggil “Kak Ani”.

“Jika ada yang terasa hati, terutamanya Kak Ani sendiri secara peribadi, dengan rasa rendah diri dan terbuka, sebagai seorang anak, saya mohon maaf atas keterlanjuran kata-kata atau gurauan beliau di atas pentas PAU semalam,” katanya.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.