PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyerahkan kepada kerajaan untuk menentukan tindakan lanjut susulan video tular yang dikaitkan dengan dirinya.

Beliau berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak tertinggi kerajaan dan kementerian berkaitan, justeru beliau bersedia menerima apa sahaja keputusan yang dibuat.

Menurutnya, beliau turut membuat laporan polis selepas timbul kebimbangan wujud cubaan mencemarkan imej AKPS serta reputasinya secara peribadi.

“Saya sering mengatakan saya tidak sempurna. Hari ini saya berdiri di hadapan anda semua, mengakui dan berdepan dengan segala kekurangan diri saya,” katanya pada sidang akhbar khas hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, sebarang perubahan atau tindakan pasti mempunyai harga yang perlu dibayar dan sekiranya beliau menjadi sebahagian daripadanya, beliau bersedia menanggung kesannya.

Beliau turut menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan telus dan berkesan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan kepada semua pihak.

Sebelum ini, tular satu video memaparkan individu yang didakwa mirip Mohd Shuhaily sedang memarahi seorang individu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu.

Turut tersebar ialah dakwaan seorang individu yang mendakwa dirinya dikasari oleh Mohd Shuhaily dalam kejadian berkenaan.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading