KUALA LUMPUR – Pelawak Jep Sepahtu tampil memberi maklum balas terhadap permohonan maaf Shuib susulan perselisihan antara mereka yang kembali diperkatakan di media sosial.

Jep menerusi perkongsian terbaharu turut menyampaikan permohonan maaf kepada Shuib kerana mengambil tindakan undang-undang berhubung video yang mencetuskan pertikaian itu.

Bagaimanapun, Jep menjelaskan langkah berkenaan dibuat atas nasihat peguam kerana mendakwa kandungan video terbabit mengandungi fitnah terhadap dirinya, bukannya sekadar sindiran.

“Aku pun nak minta maaf sebab ketika kau keluarkan video ini, aku telah pun mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam. Kerana ini benar-benar fitnah jahat terhadap diri aku. Ini bukan pasal sindir, ini pasal FITNAH,” katanya.

Sebelum ini, Shuib dilaporkan memohon maaf kepada Jep dan berharap kemelut antara mereka dapat diselesaikan secara baik.

Kontroversi berkenaan tercetus susulan penularan rakaman podcast Shuib bersama Mamat menerusi Dol Podcast yang didakwa menyentuh pengalaman mereka ketika bersama kumpulan Sepah dan Sepahtu, termasuk isu bayaran persembahan.

Perkara itu kemudiannya mendapat perhatian Jep yang meluahkan rasa terkilan menerusi media sosial.

Perkembangan terbaharu itu menyaksikan kedua-dua pelawak berkenaan memberikan respons masing-masing berhubung konflik tersebut, dengan Jep menjelaskan sebab tindakan undang-undang diambil, manakala Shuib sebelum ini menyuarakan harapan agar hubungan mereka dapat diperbaiki.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading